KUALA LUMPUR: Polimik dan perebutan jawatan perdana menteri yang berterusan dalam kalangan pemimpin parti politik, hanya membuatkan mereka terus 'sesat' dan terkeluar dari tanggungjawab sebenar mereka, untuk membantu rakyat.
Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, walaupun terdapat pihak dalam kerajaan dan pembangkang menolak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun sehingga kini mereka belum membuktikan terdapat inidividu lain mendapat sokongan majoriti, bagi jawatan itu.
Tegasnya tindakan beberapa parti politik yang menolak tawaran rangka persefahaman rentas parti yang dicadangkan Muhyiddin tanpa perbincangan panjang, dilihat bagaikan sudah hilang arah.
"Jawatan perdana menteri (keabsahan) bukan isu di sini, isunya adalah sama ada kita (kerajaan dan pembangkang) boleh bertindak bersama dan lakukan secara bersama demi kepentingan rakyat... mereka tidak nampak perkara ini.
"Ada yang lihat tawaran itu mengikut kepentingan berbeza-beza, jadi respons kepada tawaran itu dilihat belum jelas daripada mana-mana pihak, kecuali beberapa pemimpin pembangkang yang saya kira mereka melihat kepada impak jangka panjang beberapa tawaran itu.
"Pemikiran itu memperlihatkan bahawa, mereka memandang jauh sama ada perlu sokong atau membangkang semborono," katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV hari ini.
Tetamu jemputan secara maya yang lain ialah Penganalisis Politik Prof Dr Sivamurugan Pandian, Pensyarah Kanan Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub, dan Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan cadangan kerjasama rentas parti merangkumi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan, jika usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakya termasuk tawaran tempoh jawatan Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
Tawaran lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik, serta rang undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen sebelum dibentang kepada Dewan Rakyat.
Shamsul Amri berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) adalah medan sebenar untuk menguji keabsahan kerajaan dan jawatan perdana menteri.
Sementara itu, Aira Azhari berkata jika terdapat pihak mendakwa kerajaan dilihat gagal dalam konteks pengurusan pandemik COVID-19, pembangkang pula dilabel tidak mampu bersatu untuk menjalankan peranan mereka.
Jelasnya, ketika ini visi dan misi serta cadangan untuk membawa negara keluar dari krisis kesihatan yang dikemukakan oleh pembangkang, adalah kurang.
"Kelemahan pembangkang ini ialah mereka kurang wawasan dan visi untuk negara ini dan kita masih lagi menanti perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, tindakan beberapa parti politik yang menolak tawaran rangka persefahaman rentas parti yang dicadangkan Muhyiddin tanpa perbincangan panjang, dilihat bagaikan sudah hilang arah. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/05/2024] – Prerogatif PM | DUN Sarawak | Tenaga hijau
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 13 Mei 2024
- GPS harap wakil Sarawak dipertimbangkan jawatan Speaker Dewan Negara
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah hujung tahun ini
- Borneo berpotensi besar jadi pembekal tenaga boleh baharu
#AWANIBorneo 13 Mei 2024
- GPS harap wakil Sarawak dipertimbangkan jawatan Speaker Dewan Negara
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah hujung tahun ini
- Borneo berpotensi besar jadi pembekal tenaga boleh baharu
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon
Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih, kenderaan tidak dapat lalui
Sebatang jalan di Sungai Lalang, berdekatan Semenyih Eco Venture Resort dan Recreation di sini dilapor runtuh dan terputus pada jam 5 petang tadi susulan banjir.
Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang
Dakwaan kononnya agama Islam terancam dan Pahang merupakan negeri sekular merupakan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk serta boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.
Kadar rizab margin air ditingkatkan sebanyak 20 peratus
Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 20 peratus kadar rizab margin air bagi menampung kapasiti permintaan yang semakin meningkat.
Projek sambung tara bekalan elektrik ke Sabah hujung tahun ini
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah dijangka beroperasi pada suku keempat tahun ini, melalui penghantaran 275 kilo volt sepanjang 34 kilometer dari Stesen Pencawang Lawas baharu ke Stesen Pencawang Mengalong di Sipitang.
GPS kemuka cadangan tambahan empat kerusi baharu kepada SPR
GPS mengemukakan cadangan kepada SPR untuk penambahan empat lagi kerusi DUN di negeri itu.
Mendiang Mutang Tagal selamat dikebumikan
Jasad mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, Miri.
Tidak perlu jawatan untuk bantu rakyat - Annuar Musa
Annuar berkata, jawatan dalam Kabinet adalah tanggungjawab berat untuk menyumbang bakti kepada rakyat.